Agak
lama tidak menulis..keBZian bekerja membataskan segalanya.
Alhamdulillah.., bersyukur kepada Maha Pencipta kerana hamba yg
kerdil ini masih lagi mampu bernafas di bumi yg serba indah ini.
Tidak terlewat rasa nya aku ingin ucapkan ‘salam ramadhan’ buat
teman2 yg sudi menjenguk blog aku nih sdangkan blog aku nih hanya sbg
‘picisan’ tentang apa yg berlaku dlm hidupku….untuk tidak
terlalu keluar dr matlamat asal blog ini diwujudkan… bulan lepas
aku ‘kerah’ mr 0ly untuk bekerja…lama rasanya dia x bekerja.
Dia ‘sahabat’ terbaik untukku~!! X penah mengeluh walau dibawa
kemana sahaja.. sentiasa bersama aku tiap masa. Walaupon kadang2 aku
xgunakan..hanya sekadar membawa..tp mr 0ly ttp mr 0ly…akan SETIA
bersama aku kemana jua… =). Ramai bertanya aku, kenapa aku pilih mr
0ly sbg teman sdangkan ada yg lebih baik dr dia.. bg aku, sebuah
penceritaan melalui f0to bukan hanya terletak pd ‘jenama’
kamera.. tp ia terletak pd ‘hati’ tuan punya kamera itu
sendiri..sbb hanya dia yg tau ‘teknik; serta angel terbaik sesuatu
foto itu. Walaupon aku hanya seorg ‘newbie’ dlm dunia fot0grafi
nih..aku xkan menjadikannya penghalang. Belajar dan terus belajar.
Untuk menjadi ‘s0mebody’ kita perlu bermula dengan
‘nobody’…ahaks~! Pe yg penting??? Jgn berputus asa untuk
belajar~!! =)
Aku
sangat2 suka dengan laut, pantai…. Xtahu kenapa.. mungkin laut dan
pantai buat aku tenang..., seolah-olah mereka mengerti setiap
kepayahan dan keperitan yg aku lalui. Hadir laut dan pantai umpama
‘ubat’ kepada jiwaku.. Maha suci mu ya Allah yg telah menjadikan
suatu ciptaan yg indah..,yg mampu menyembuhkan jiwa yg celaru..jiwa
yg kusut akibat permainan dunia.. tapi penyakitku sekarang
membataskan sgalanya…tidak boleh berada di bawah cahaya matahari
terlalu lama menyebabkan byk perkara dlm hidup.., aku terpakasa
‘adjust’. Hmm…ujian buatku.., namun begitu aku xkan jdkan ianya
sebagai penghalang untuk buat apa yg aku suka. Hidup cuma
skali..banyak lagi keindahan bumi Tuhan ini yg belum aku terokai. Aku
harap aku diberi peluang itu. Ini salah satu cara bagaimana aku
belajar untuk menikmati dan mensyukuri setiap kurniaan Maha Esa.. =)
#SyukurdgnNikmatAllah.... =D